JellyPages.com

Wednesday 3 April 2013

Kata  Ganti  Nama  Diri

Kata  ganti  nama  diri  ialah  kata  yang  digunakan  untuk  mengganti  kata  nama  orang .  Kata  ganti  nama  diri  terbahagi  kepada  tiga  jenis  seperti  yang  berikut:

a)   Kata  ganti  nama  diri  pertama
b)   Kata  ganti  nama  diri  kedua
c)   Kata  ganti  nama  diri  ketiga

A)  Kata  ganti  nama  diri  Pertama

Kata  ganti  diri  pertama  ialah  kata  yang  digunakan  untuk  menggantikan  nama  diri  orang  yang  bercakap  atau  merujuk  kepada  diri  sendiri  apabila  bercakap   dengan  orang  lain.  Kata  ganti  nama  diri  pertama  terbahagi  kepada  dua  iaitu :


i-  Bentuk  tunggal

Contoh :  aku ,  beta ,  daku ,  hamba ,  patik ,  saya

ii.  Bentuk  jamak

Contoh  :  kami ,  kita

B)  Kata  ganti  nama  diri  Kedua

Kata  ganti  nama  diri  kedua  ialah  yang  digunakan  untuk  menggantikan  nama  diri  orang  kedua  atau  orang  yang  diajak  bercakap.  Kata  ganti  nama  diri  kedua  terbahagi  kepada  dua  bentuk  iaitu:

i -  Bentuk  tunggal

Contoh :  anda ,  awak ,  engkau ,  tuaku ,  kamu

ii-   Bentuk  jamak

Contoh :  anda ,  kalian ,  kamu

 C)  Kata  ganti   nama  diri  Ketiga

Kata  nama  diri  ketiga  ialah  kata  yang  digunakan  untuk  menggantikan  nama  diri  orang  yang dicakapkan  atau  yang  diperkatakan.

Contoh :  baginda ,  beliau ,  dia ,  dan  mereka.

1 comment: