JellyPages.com

Saturday 20 April 2013



Latihan Tatabahasa KSSR Tahun 2 

Gariskan kata nama khas manusia yang terdapat dalam petikan di bawah. Tulis perkataan tersebut semula pada ruangan yang disediakan.


Nama saya ialah Shafiqah Najwa. Saya mempunyai kawan baik yang bernama Aina Danisha. Kami belajar dalam kelas yang sama. Kami berkawan baik dan mengetahui hobi atau kegemaran masing-masing. Kami selalu bermain bersama-sama pada waktu petang. Sikap kami selalu dipuji oleh ibu dan ayah Aina  Danisha.
     Ayah  Aina  Danisha , iaitu Pak Cik  Zahid  ialah seorang guru. Beliau mengajar saya mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ibu Aina  Danisha pula bernama Puan Rafizah. Beliau bertugas sebagai seorang jururawat di Hospital Permaisuri   Bainun ,  Ipoh , Perak.

Senaraikan kata nama khas manusia :
1.______________________________________
2.______________________________________
3.______________________________________
4.______________________________________
5.______________________________________

Wednesday 3 April 2013

Kata  Ganti  Nama  Diri

Kata  ganti  nama  diri  ialah  kata  yang  digunakan  untuk  mengganti  kata  nama  orang .  Kata  ganti  nama  diri  terbahagi  kepada  tiga  jenis  seperti  yang  berikut:

a)   Kata  ganti  nama  diri  pertama
b)   Kata  ganti  nama  diri  kedua
c)   Kata  ganti  nama  diri  ketiga

A)  Kata  ganti  nama  diri  Pertama

Kata  ganti  diri  pertama  ialah  kata  yang  digunakan  untuk  menggantikan  nama  diri  orang  yang  bercakap  atau  merujuk  kepada  diri  sendiri  apabila  bercakap   dengan  orang  lain.  Kata  ganti  nama  diri  pertama  terbahagi  kepada  dua  iaitu :


i-  Bentuk  tunggal

Contoh :  aku ,  beta ,  daku ,  hamba ,  patik ,  saya

ii.  Bentuk  jamak

Contoh  :  kami ,  kita

B)  Kata  ganti  nama  diri  Kedua

Kata  ganti  nama  diri  kedua  ialah  yang  digunakan  untuk  menggantikan  nama  diri  orang  kedua  atau  orang  yang  diajak  bercakap.  Kata  ganti  nama  diri  kedua  terbahagi  kepada  dua  bentuk  iaitu:

i -  Bentuk  tunggal

Contoh :  anda ,  awak ,  engkau ,  tuaku ,  kamu

ii-   Bentuk  jamak

Contoh :  anda ,  kalian ,  kamu

 C)  Kata  ganti   nama  diri  Ketiga

Kata  nama  diri  ketiga  ialah  kata  yang  digunakan  untuk  menggantikan  nama  diri  orang  yang dicakapkan  atau  yang  diperkatakan.

Contoh :  baginda ,  beliau ,  dia ,  dan  mereka.

Tuesday 2 April 2013

Kata  Kerja

Kata  kerja  ialah  sesuatu  yang  kita  buat  dalam  kehidupan  seharian.
Contohnya :  berlari ,  menanam ,  membaca ,  bercakap ,  melukis , memasak ,  memandu ,  mengajar ,  memotong ,  berbaris ,  melompat .

kata  Kerja  Tunggal

Kata  kerja  tunga  ialah  kata kerja  yang  tidak  mempunyai imbuhan.

Contohnya:

makan                          minum
tidur                             lompat
masak                          basuh
sepak                           kayuh


Latihan:


                buang               ketuk                 jaga               masuk               jatuh



  1. Tolong _______________pintu sebelim masuk ke dalam bilik guru.
  2. Semasa menaiki bas, murid-murid perlu berhati-hati supaya tidak ____________________.
  3. Murid-murid perlu ____________________kebersihan di kawasan sekolah.
  4. Tolong ________________sampah ke dalam tong sampah.
  5. Tiap-tiap hari sebelum_______________ke dalam kelas, murid-murid dikehendaki berhimpun di tapak perhimpunan.


Sunday 31 March 2013

MARI BELAJAR TATABAHASA

 


Kata  Adjektif :


Kata Adjektif ialah perkataan yang menerangkan sifat atau keadaan sesuatu
kata nama seperti hitam, besar, kuat, banyak dan sedikit. sifat atau keadaan sesuatu benda, orang, tempat, binatang, dan sebagainya. Kata adjektif juga dikenal sebagai kata sifat.
 
 Jenis-jenis kata Adjektif 
 
Kata adjektif boleh disertai kata keterangan amat, paling, sangat, dan sebagainya yang bertugas sebagai penguat.
Contohnya; sangat cantik, amat rajin, paling tinggi, dan sebagainya.

1. Adjektif Jati
          Ia menerangkan sifat atau rupa yang jati.
          Contoh
          Buku itu berwarna biru.
          Budak kurus itu kawan saya.
2. Ajdektif Bilangan atau pecahan
          Ia menunjukkan bilangan atau pecahan.
          Contoh
          Ayah memiliki dua buah kereta.
          Saya membeli beberapa kuntum bunga.
3. Adjektif Tunjuk
          Ia menunjukkan “bagaimana” / “yang mana”
          contoh
          Baju ini mahal harganya.
          Perkara demikian jangan diulangi lagi.
4. Adjektif pencerai / pengasingan
          Ia menerangkan benda yang disifatkan itu dikira satu-satu atau selonggok-selonggok.
          Contoh
          Setiap pelajar mesti berdiplin.
          Ambil barang masing-masing.
 
Kata adjektif ialah kata yang menerangkan. Kata adjektif dapat dibahagikan kepada jenis-jenis yang berikut:
(a) menerangkan sifat keadaan seperti sihat dan cantik;
(b) menerangkan sifat warna seperti hitam dan hijau;
(c) menerangkan sifat ukuran seperti tebal dan besar;
(d) menerangkan sifat bentuk seperti lurus dan bujur;
(e) menerangkan sifat jarak seperti hampir dan jauh;
(f) menerangkan sifat waktu seperti lama dan awal;
(g) menerangkan sifat perasaan seperti
malu dan gembira;
(h) menerangkan sifat cara seperti lincah dan lambat;
(i) menerangkan
sifat pencaindera seperti masin dan harum.

Friday 29 March 2013

TATABAHASA  TAHUN  2

Kata  Nama :

Kata  nama  merupakan  kata  yang  merujuk  kepada  orang,  binatang ,tempat , benda maujud, benda bukan maujud dan sebagainya. Kata nama dapat digolongkan kepada

*Kata Nama Am
*Kata Nama Khas

Kata Nama Am

Kata nama am hendaklah ditulis dengan menggunakan huruf kecil melainkan pada awal ayat.Dengan kata lain perkataan nama am digunakan bagi menyebut sesuatu secara am atau umum.

1.Orang
 
            
     ayah             guru          doktor        polis

2.Binatang
       
                       
      kucing            lembu             ayam                ikan


3.Tempat

    
             
     kampung         pulau          sekolah         taman   


4. Benda

     
                   
     bangunan        kereta             kasut             radio      


Kata Nama Khas

Perkataan nama khas digunakan bagi menyebut sesuatu yang tertentu , khusus atau khas.Biasanya huruf pertama perkataan nama khas ini hendaklah ditulis dengan huruf besar.

1.Orang
*Encik Lee ,Puan Tan ,Cik Sandy ,Cikgu Marina ,Pak Cik Ahmad ,Mak Cik Nani ,Doktor Zainal ,Ali ,Siti ,Ah Meng ,Pei Ling

2.Binatang
*Si Tompok ,Lembu Sapi ,Ayam Belanda ,Burung Murai ,Si Belang ,Si Hitam ,Katak Puru

3.Tempat
*Perlis ,Ipoh ,Kampung Setia ,Tasek Perdana ,Malaysia ,Pekan Muara ,Pulau Langkawi , Pulau Pangkor

4.Benda
*Proton Saga ,Kasut Adidas , Toyota ,Honda ,Canon ,Sony ,Pilot(pen) ,Seiko(jam)